Tuesday, July 14, 2009

MANEK URAI - Yang Terlerai dan Terburai

Adalah sesuatu di luar jangkaan semua pihak tidak kira kepada pengamal politik ,pemerhati politik ,penganalisa politik, pengundi-pengundi kawasan itu malah kepada calun-calun yang bertanding. Maka terdengarlah bermacam-macam komen serta tafsiran terhadap keputusan tersebut. Walau apa pun cakap-cakap selepas ini yang sudah pasti tercatat dalam sejarah ialah pemenangnya PAS kalahkan UMNO/BN.

Meski pun di pihak yang kalah ada mengatakan "satu kemenangan moral" walaupun calunnya gagal bergelar Yang Berhormat Manek Urai, hakikatnya jelas satu penolakan kepada calun maupun parti di wakilinya berdasarkan keputusan berkenaan. Adalah di yakini sebahagian besar pengundi tidak menolak pembangunan seperti di tawarkan semasa berkempen tetapi yang mengecewakan kenapa tawaran tersebut datang semasa musim pilihanraya saja. Adakah Kerajaan Pusat di terajui BN hanya perihatin kepada rakyat semasa musim pilihanraya sahaja? Kenapa tidak dibuat di luar masa tersebut. Jika alasan BN tidak memerintah Kelantan dan tanggunjawab itu terleta di atas Kerajaan Negeri (PAS) , kenapa semasa musim PRK ini boleh di tawarkan ?

Alasan ini juga boleh menjadikan pengundi-pengundi berada dalam keliru membuat keputusan. Akhirnya jadilah ia satu pertandingan sengit lagi mendebarkan. Bagi setengah pihak pula keputusan ini tidaklah memeranjatkan sangat , kerana ada yang berpendapat sesiapa jua yang menang akan hanya memperolehi jumlah majoriti kecil. Mungkin jua sebanyak sedikit pergolakan "adik beradik" dalam PAS serta perselisihan pendapat yang kecil dalam Pakatan Rakyat (PR) menjurus kepada keputusan PRK ersebut.

Sepekara lagi dengan segala tenaga dan kekuatan yang ada pada UMNO/BN tidak terkecuali dengan bantuan media arus perdana telah menampakan hasil walaupun tidak lumayan. Jikalau di imbas kembali keputusan PRU 2004 , calun BN yang menang pun memperolehi majoriti kecil (53 undi). Jadi tidak ada yang pelik di sini.

Kesimpulanya walaupun PAS memperolehi hanya majoriti 65 undi kali ini tetapi tetap berjaya memperolehi undi keseluruhan sebanyak 5,348 undi , kurang (398) daripada tahun 2008 (5,746). Jumlah kedua-dua angka diperolehi tidak jauh larinya cuma dengan penambahan peratus keluar mengundi pada 14hb.Julai 2009 yang membezakan jumlah majoriti. Kepada yang menang janganlah terlalu gembira kerana amanah serta tanggungjawab sedang menanti di hadapan setidak-tidaknya sehingga PRU 13. Dan kepada yang kalah ,terimalah dengan hati terbuka kerana ianya sudah di tentukan oleh yang MAHA ESA.