Sunday, July 12, 2009

RAKYAT DI GULA-GULAKAN LAGI

Salah satu pengumuman oleh Perdana Menteri sempena genapnya 100 hari pemerintahanya iaitu diskaun 20% kadar tol ,pada mulanya mengembirakan kebanyakan rakyat Malaysia. Tapi sayang ia hanya gula-gula kerajaan sahaja. Sebabnya , berapa ramai yan menggunakan jalan bertol sebanyak 80 kali sebulan ? Nikmat kepada pengumuman ini tentunya kepada para-para usahawan tetapi tidak kepada kebanyakan pengguna biasa.

Seperkara lagi berkaitan penjualan rumah PPR DBKL memanglah di alu-alukan ,tetapi apakah nasib kepada penghuni-penghuni rumah sewa perumahan awam DBKL yang lain ? Adakah mereka-mereka ini tergolong daripada orang-orang senang? Seharusnya keadaan mereka di ambil kira juga, tidaklah golongan tersebut dibiarkan menyewa sampai mati rumah DBKL. Sekiranya terjadi begitu , konsep satu keluarga memiliki satu rumah pasti tidak tercapai.

RASUAH POLITIK DI MANEK URAI : Nak Jambatan ,pilih UMNO"

Sungguh mengaibkan dan memalukan apabila seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO dalam keadaan terdesak untuk memenangi PRK Manek Urai sanggup menawarkan sebuah jambatan baru dengan syarat misti pilih BN, inilah dinamakan rasuah politik. Apakah semua janji ini akan dapat mempengaruhi kemenangan BN ? Harus di ingat walaupun kawasan Manek Urai jauh di pendalaman tetapi bagi kebanyakan penduduknya mempunyai maruah diri dan jati diri yang kuat, mereka tidak mudah di gula-gulakan.

Seandainya kemenangan berpihak kepada BN nanti , suara-suara sumbang akan kedengaran bahawa penduduk di Manek Urai bukan undi BN/UMNO tetapi mengundi "jambatan". Gunakanlah kebijaksanaan dengan hati terbuka semasa memilih calun yang benar-benar layak serta bermaruah.