Friday, July 10, 2009

100 HARI NAJIB DI TAHTA PM

Rasanya begitu cepat masa berlalu hingga ada yang tidak sedar sudah seratus hari Y.A.B Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia. Meski pun ada penilaian pro dan kontra terhadap kepimpinanya , namun apa yang menarik ialah beberapa pengumuman beliau yang mungkin "menarik" perhatian rakyat jelata, terutama pengurangan 20% kadar tol yang sememangnya membebankan kebanyakan rakyat.

Sepekara lagi yang mungkin dapat mengembirakan kepada sebahagian penghuni rumah DBKL (PPR) yang bakal memiliki rumah sendiri setelah begitu lama menyewa. Walaupun ia bertepatan dengan konsep 1 Malaysia , "rakyat di dahulukan" tetapi di harap "perlaksanaan di utamakan" dengan kadar seberapa segera.

PUNGUTAN SUARA ISU PPSMI- TUN MAHATHIR

Adalah melucukan apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menggunakan blognya membuat pungutan suara bagi mengetahuai sejauh mana respon daripada rakyat berkaitan isu pemansuhan PPSMI. Walaupun keputusan menggunakan PPSMI di buat semasa beliau menjadi PM tapi harus di ingat sekarang adalah di bawah PM lain.

Adakah dengan cara ini akan mengubahkan keputusan yang telah di buat oleh Kerajaan sekarang ?

ISU PPSMI : KEMBALINYA MARUAH BAHASA MELAYU

Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada pihak Kerajaan kerana telah membuat keputusan berkaitan isu tersebut, walaupun ia masih menampakan hanya sebahagian penyelesaian (itu pun jika pada 2012 di kuatkuasakan). Sebenarnya perlaksanaanya tidak perlu mengambil masa lama kerana ia akan menghakiskan keyakinan rakyat terhadapnya disebabkan selalunya setiap dasar-dasar kerajaan seringkali berubah.

Saya percaya para pejuang bahasa(Melayu) dan majoriti rakyat mahukan perlaksanaanya di buat secepat mungkin ,seharusnya bermula penggal persekolahan Januari 2010.

Sekalong TAHNIAH juga kepada pejuang-pejuang bahasa , parti Pembangkang , sastrawan-sastrawan Negara dan tidak lupa kepada segelintir pemimpin-pemimpin UMNO yang bersama berjuang. Demi kepentingan anak bangsa Melayu agar tidak terlalu jauh ketinggalan maka eloklah di kembalikan SEGERA kepada asal. Apa yang penting kepada setiap pemimpin dan setiap warga Malaysia adalah misti berbangga bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan yang boleh dibanggakan serta bertemadun mengikut peredaran zaman, dan lebih utama ia menepati maksud Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Kepada para-para penentangnya haruslah sedar diri di mana bumi di pijak di situlah langit di junjung.