Friday, July 17, 2009

TRAGEDI KEMATIAN SETPOL PR -TAKZIAH

Dalam menghadapi suasana politik yang agak bercelaru sekarang ditambah dengan adanya beberapa isu semasa khususnya di Negeri Selangor sendiri , pasti mengundang beberapa tanda tanya dan persoalan terhadap tragedi tersebut. Maka berlakulah adengan tuduh menuduh ,tunding jari ,syak wasangka terhadap pihak tertentu.

Namun semuanya tidak akan dapat menyelesaikan masaalah. Tidak kira siapa pun jika terjadi tragedi seperti di atas di kalangan orang sendiri ,pasti akan begitu juga keadaanya. Cuma bagi kita sebagai rakyat Malaysia yang bertemadun serta mendukung perlembagaan pastinya mahu melihat kes ini di uruskan mengikut lunas undang-undang sedia ada. Tetapi sepertinya akan ada mendakwa adakah keluhurun perlembangaan itu sendiri akan di tanggani secara telus oleh orang-orang yang memikul amanah tersebut ? Harap-harap begitu lah hendaknya.
Oleh itu maka kita mistilah memberi peluang kepada mereka menyelesaikan masaalah ini tanpa banyak prasangka negetif.

Percayalah satu hari nanti kebenaran pasti terbukti.

Tuesday, July 14, 2009

MANEK URAI - Yang Terlerai dan Terburai

Adalah sesuatu di luar jangkaan semua pihak tidak kira kepada pengamal politik ,pemerhati politik ,penganalisa politik, pengundi-pengundi kawasan itu malah kepada calun-calun yang bertanding. Maka terdengarlah bermacam-macam komen serta tafsiran terhadap keputusan tersebut. Walau apa pun cakap-cakap selepas ini yang sudah pasti tercatat dalam sejarah ialah pemenangnya PAS kalahkan UMNO/BN.

Meski pun di pihak yang kalah ada mengatakan "satu kemenangan moral" walaupun calunnya gagal bergelar Yang Berhormat Manek Urai, hakikatnya jelas satu penolakan kepada calun maupun parti di wakilinya berdasarkan keputusan berkenaan. Adalah di yakini sebahagian besar pengundi tidak menolak pembangunan seperti di tawarkan semasa berkempen tetapi yang mengecewakan kenapa tawaran tersebut datang semasa musim pilihanraya saja. Adakah Kerajaan Pusat di terajui BN hanya perihatin kepada rakyat semasa musim pilihanraya sahaja? Kenapa tidak dibuat di luar masa tersebut. Jika alasan BN tidak memerintah Kelantan dan tanggunjawab itu terleta di atas Kerajaan Negeri (PAS) , kenapa semasa musim PRK ini boleh di tawarkan ?

Alasan ini juga boleh menjadikan pengundi-pengundi berada dalam keliru membuat keputusan. Akhirnya jadilah ia satu pertandingan sengit lagi mendebarkan. Bagi setengah pihak pula keputusan ini tidaklah memeranjatkan sangat , kerana ada yang berpendapat sesiapa jua yang menang akan hanya memperolehi jumlah majoriti kecil. Mungkin jua sebanyak sedikit pergolakan "adik beradik" dalam PAS serta perselisihan pendapat yang kecil dalam Pakatan Rakyat (PR) menjurus kepada keputusan PRK ersebut.

Sepekara lagi dengan segala tenaga dan kekuatan yang ada pada UMNO/BN tidak terkecuali dengan bantuan media arus perdana telah menampakan hasil walaupun tidak lumayan. Jikalau di imbas kembali keputusan PRU 2004 , calun BN yang menang pun memperolehi majoriti kecil (53 undi). Jadi tidak ada yang pelik di sini.

Kesimpulanya walaupun PAS memperolehi hanya majoriti 65 undi kali ini tetapi tetap berjaya memperolehi undi keseluruhan sebanyak 5,348 undi , kurang (398) daripada tahun 2008 (5,746). Jumlah kedua-dua angka diperolehi tidak jauh larinya cuma dengan penambahan peratus keluar mengundi pada 14hb.Julai 2009 yang membezakan jumlah majoriti. Kepada yang menang janganlah terlalu gembira kerana amanah serta tanggungjawab sedang menanti di hadapan setidak-tidaknya sehingga PRU 13. Dan kepada yang kalah ,terimalah dengan hati terbuka kerana ianya sudah di tentukan oleh yang MAHA ESA.

Monday, July 13, 2009

SELAMAT MENGUNDI MANEK URAI

Hanya tingal beberapa jam sahaja lagi rakyat di Manek Urai akan menunaikan tanggungjawab besar untuk memilih calun mereka yang berkenan di hati. Gunakanlah hak anda tanpa rasa takut dan bimbang semasa melangkah keluar mengundi nanti. BULATkan tekad dengan MATA hati sebelum tersilap pangkah yang tak berkenan di sanubari.
SELAMAT MENGUNDI WARGA MANEK URAI - 14hb. Julai 2009 akan menjadi sejarah tersendiri di sana.

Sunday, July 12, 2009

RAKYAT DI GULA-GULAKAN LAGI

Salah satu pengumuman oleh Perdana Menteri sempena genapnya 100 hari pemerintahanya iaitu diskaun 20% kadar tol ,pada mulanya mengembirakan kebanyakan rakyat Malaysia. Tapi sayang ia hanya gula-gula kerajaan sahaja. Sebabnya , berapa ramai yan menggunakan jalan bertol sebanyak 80 kali sebulan ? Nikmat kepada pengumuman ini tentunya kepada para-para usahawan tetapi tidak kepada kebanyakan pengguna biasa.

Seperkara lagi berkaitan penjualan rumah PPR DBKL memanglah di alu-alukan ,tetapi apakah nasib kepada penghuni-penghuni rumah sewa perumahan awam DBKL yang lain ? Adakah mereka-mereka ini tergolong daripada orang-orang senang? Seharusnya keadaan mereka di ambil kira juga, tidaklah golongan tersebut dibiarkan menyewa sampai mati rumah DBKL. Sekiranya terjadi begitu , konsep satu keluarga memiliki satu rumah pasti tidak tercapai.

RASUAH POLITIK DI MANEK URAI : Nak Jambatan ,pilih UMNO"

Sungguh mengaibkan dan memalukan apabila seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO dalam keadaan terdesak untuk memenangi PRK Manek Urai sanggup menawarkan sebuah jambatan baru dengan syarat misti pilih BN, inilah dinamakan rasuah politik. Apakah semua janji ini akan dapat mempengaruhi kemenangan BN ? Harus di ingat walaupun kawasan Manek Urai jauh di pendalaman tetapi bagi kebanyakan penduduknya mempunyai maruah diri dan jati diri yang kuat, mereka tidak mudah di gula-gulakan.

Seandainya kemenangan berpihak kepada BN nanti , suara-suara sumbang akan kedengaran bahawa penduduk di Manek Urai bukan undi BN/UMNO tetapi mengundi "jambatan". Gunakanlah kebijaksanaan dengan hati terbuka semasa memilih calun yang benar-benar layak serta bermaruah.

Friday, July 10, 2009

100 HARI NAJIB DI TAHTA PM

Rasanya begitu cepat masa berlalu hingga ada yang tidak sedar sudah seratus hari Y.A.B Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia. Meski pun ada penilaian pro dan kontra terhadap kepimpinanya , namun apa yang menarik ialah beberapa pengumuman beliau yang mungkin "menarik" perhatian rakyat jelata, terutama pengurangan 20% kadar tol yang sememangnya membebankan kebanyakan rakyat.

Sepekara lagi yang mungkin dapat mengembirakan kepada sebahagian penghuni rumah DBKL (PPR) yang bakal memiliki rumah sendiri setelah begitu lama menyewa. Walaupun ia bertepatan dengan konsep 1 Malaysia , "rakyat di dahulukan" tetapi di harap "perlaksanaan di utamakan" dengan kadar seberapa segera.